Khamis, 24 Mac 2016

Berlaku Ijtihad Sahabat Dan Sumbernya

Sejarah merakamkan antara peristiwa serta perkara awal yang mucnul berkaitan ijtihad para Sahabat selepas kewafatan Baginda ialah tempat pengkebumian baginda dan jawatan khalifah. Ini adalah kerana persoalan itu tidak terdapat nas, sama ada di dalam al-Qur’an atau Hadis manakala Baginda hanya bertindak sebagai penyampai wahyu atau syariat. Hal itu selaras dengan firman Allah :

Wahai Rasullullah s.a.w.! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.”- (Surah al- Ma’idah ayat 67)

Al’Qur’an dan hadis merupakan sumber yang dijadiakn pegangan untuk mendedahkan segala nas, menzahirkan dasar syariat serta menjelaskan hukum. Ini adalah kerana kedua-duanya dapat menjelaskan dan menyingkap segala hukum Allah. Walau bagaimanapun ijtihad hanyalah wasialh atau perantaraan yang dilalui oleh para mujtahid untuk mencari hukum yang tersirat dengan cara istinbat berdasarkan sumber tersebut. Untuk itu, mujtahid akan merujuk kepada al-Qur’an dan Hadis untuk mengkaji dan istinbat hukum syarak.

Kehujahan Ijtihad dan wasilahnya
v Maksud ijtihad sebagai sumber :
·       Wasilah dan kaedah yang dilalui  oleh mujtahid kalangan Sahabat.
·       Untuk istinbat hukum syarak daripada sumber asalnya ; al-Qur’an dan hadis.
·       Hukum yang hendak diistinbatkan tidak terdapat secara jelas dalam kedua sumber asas itu.
·       Mujtahid berijtihad , sama ada menggunakan : al-Qiyas, al-Maslahah al-Mursalah, al-Dhara’I’, al-Istihsan juga al-‘Urf.
·       Ijtihad merupakan suatu kehujahan dalam pembinaan hukum, kerana ijmak juga berdasarkan ijtihad dan ijtihad itu sendiri diharuskan oleh syarak.
·       Tidak ada hukum yang dibina atas dasar andaian atau hukum yang akan berlaku.
·       Fatwa serta hukum yang dikeluarkan oleh para Sahabat utama pada zaman tersebut belum lagi  dibukukan dan belum dikumpulkan.
·       Ia hanya tersimpan dalam dada para Sahabat atau dihafaz sebagaimana hadis.
·       Semua pendapat yang berselisih dan bercanggah dibawa berdasarkan hujah dan dalil.
·       Lantaran itu periwayatan fatwa dan ijtihad para Sahabat pada zaman tersebut dipindahkan daripada seseorang kepada seorang yang lain.

·       Dengan cara bercampur aduk antara Fiqh, fatwa, dalil dan kaedah syariat yang digunakan oleh mujtahid Sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan