Khamis, 24 Mac 2016

FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KESAN PERUNDANGAN

Faktor membawa kesan perundangan

1.   Wilayah islam bertambah
·       Pada masa pemerintahan Umar dan Uthman telah meluas wilayah jajahan yang berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan islam yang berpusat di Madinah.
·       Kuasa dan pengaruh islam merebak hingga ke negara Parsi, Iraq, Syam dan Mesir.
·       Perlu kepada ahli Fiqh, mufti dan pendakwah yang lebih ramai.
·       Sebahagian daripada wilayah yang ditakluki islam mempunyai adat tradisi juga ‘Urf masing- masing.
·       Wilayah tersebut mempunyai undang- undang, dan urusan muamalat.
2.   Pergaulan dengan orang ajnabi
·       Perluasan wilayah islam menyebabkan berlaku percampuran orang- orang Arab dengan bangsa lain.
·       Bangsa lain yang ditakluki itu sebahagiannya memeluk islam dan ada juga yanh kekal di atas agama asal mereka.
·       Terbentuk muamalat serta hubungan seharian.


3.   Terjalin hubungan dengan non muslim
·       Terbentuk hubungan antara kaum muslimin dan bukan orang islam.
·       Terjalinnya hubungan antara pemerintahan islam dengan negara bukan islam yang ditawan atau negara bukan islam memohon perlindungan.

·       Ulama Fiqh perlu mengkaji dan meneliti dalil- dalil lain untuk menetapkan hukum serta hak- hak yang wajib mereka tunaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan