Khamis, 24 Mac 2016

Sebahagian Fatwa Para Sahabat

Konteks para sahabat memberi fatwa tentang masalah yang berlaku di sana terdapat persepakatan antara mereka. Sebaliknya pula, terdapat sesetengah hukum yang diperselisihkan. Antara fatwa Sahabat utama dan Khalifah al-Rasyidin yang disepakati dan diperselisihkan dapat dikemukakan di sini terbahagi kepada dua, iaitu:

1.     Hukum Dan Fatwa Disepakati
·        Ketika pemerintahan khalifah Abu Bakar dan Umar majority Sahabat utama masih berkumpul di Madinah.
·        Kebanyakkan ijtihad mereka waktu itubersifat kolektif.
·        Terdapat banyak fatwa yang mendapat persepakatan kalangan Sahabat pada zaman tersebut.
·        Antara contoh :

     i.                 Tempat Persemadian Nabi
§  Para Sahabat berselisih pendapat mengenai tempat untuk dimakamkan/semadikan jenazah Baginda s.a.w.
§  Ada berpendapat disemadikan dekat mimbar dan ada pendapat mengesyorkan supaya dimakamkan di Baqi’.
§  Untuk itu, Abu Bakar menyatakan bahawa jenazah Baginda s.a.w. hendaklah disemadikan di tempat mana Baginda menghembuskan nafas terakhir.
§  Hal itu dijelaskan sebagaimana hadis daripada Abu Bakar bahawa Baginda bersabda :
Seseorang nabi itu sama sekali tidak akan dikebumikan, melainkan di tempat mana ia diwafatkan.”


ii.                      Perlantikan Khalifah
§  Selepas kewafatan Baginda, golongan Ansar mengadakan perjumpaan tergempar di Saqifah Bani Sa’adah unuk melantik Sa’d ibn “Ubadah al-Kharaj sebagai khalifah pertama.
§  Mengetahui perkara itu, Abu Bakar, Umar dan Abu ‘Ubaidah ibn al-Jarrah segera ke sana dengan bu Bakar bertindak memberi ucapan.

iii.                     Harta Peninggalan Nabi
§  Selepas kewafatan Rasullullah s.a.w. timbul perselisihan mengenai harta peninggalan Nabi.
§  Di Madinah, Fadak serta baki 1/5 daripada rampasan perang Khaibar.
§  Fatimah puteri Rasulullah menuntut daripada khalifah Abu Bakar pewarisan harta tersebut.
§  Abu Bakar bertindak menolak permintaan itu, yang mana selepas itu ia disepakati oleh Sahabat lain.

iv.                      Memerangi Golongan Enggan Membayar Zakat
§  Telah lahir pada zaman khalifah Abu Bakar golongan yang enggan membayar zakat.
§  Beliau menegaskan untuk memerangi mereka biarpun peringkat awalnya bercanggah dengan pendapat Umar.
§  Dimana Umar menyatakan bahawa golongan itu tidak boleh diperangi atas alasan mereka mengakui mengucap dua kalimah syahadah.

§  Abu Bakar tetap dengan pendiriannya serta berhujah zakat dengan sembahyang tidak dapat dipisahkan dan sesiapa yang memisahkannya dikira murtad dan boleh diperangi.



SEJARAH PERUNDANGAN SEBAHAGIAN HUKUM

-    Bentuk utama perundangan sewaktu zaman Mekah dibawa dalam bentuk asas-asas dan kaedah-kaedah umum. yang mana kemudian dibina hukum berdasarkannya sewaktu zaman Madinah. untuk itu, di Madinah perundangan dibawa dalam bentuk penjelasan dan ketetapan hukum sebagai rentetan zaman Mekah. Seterusnya, disini akan dibentangkan beberapa contoh sejarah perundangan dan hukum berdasarkan kategorinya, iaitu: 

IBADAT
1. Ketetapan Menunaikan Sembahyang



Terdapat beberapa pendapat mengenai sejarah penetapan sembahyang, iaitu:

a) Menurut pendapat pertama menyatakan terdapat nas al-Quran dan hadis menunjukkan pensyariatan sembahyang yang manusia berlaku pada permulaan perutusan Baginda sebagai rasul. Sebagaimana firman Allah yang mula-mula diturunkan mengenainya dalam surah al-Muzammil ayat 1-4.

2. Ketetapan Waktu Sembahyang



Tentang ketetapan waktu-waktu menunaikan sembahyang lima kali sehari semalam dinyatakan dalam nas berbentuk mujmal sebagaimana firman Allah dalam surah al-Rum ayat 17 dan 18




3. Bersuci

Bersuci pada asalnya disyariatkan sewaktu di Mekah, sebagaimana firma Allah dalam surah al-Muddatthir ayat 4. Seterusnya ulama tafsir menyatakan lafaz bersuci tersebut adalah bentuk umum, dimana sudut zahir dan batin. 




4. Sembahyang Jumaat

Ia muai diwajibkansebelum hijrah, iaitu selepas berlangsungnya Perjanjian Aqabah kedua. Manakala khutbah mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah.




5. Azan

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah dengan tujuan untuk memaklumkan masuknya waktu sembahyang.




6. Tayammum

Ketetapan bertayammum mula disyariatkan pada tahun keempat Hijrah. iaitu ekoran ketiadaan air sebagai ganti mandi dan berwuduk. dalam firman Allah surah al-Nisa' ayat 43.




7. Menutup Aurat. 

Pensyariatan wajib menutup aurat berlangsung pada tahun kesembilan Hijrah. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 31



8. Sembahyang Gerhana

Mula disyariatkan sembahyang gerhana pada tahun kesepuluh Hijrah yang juga merupakan hari kematian Ibrahim anak Baginda Rasulullah s.a.w 




MUAMALAT


1. Haram Mengurangi Sukatan Dan Timbangan 

  •    Sebaik-baik sahaja berlaku hijrah ke Madinah, antara perkara pertama yang disyariatkan berkenaan dengan muamalat ialah pengharaman mengurangi sukatan da timbangan. Surah al-Mutaffifin ayat 1-3
2. Wakaf
  •     Perundangan berkaitan dengan wakaf mula disyariatkan pada tahun ketujuh Hijrah. Hal itu berlaku setelah Baginda s.a.w. bertindak membahagikan harta rampasan perang Khaibar. Umar al-Khattab turur mendapat bahagian daripada harta tersebut dan beliau meminta pandangan Baginda s.a.w. mengenai harta bahagiannya itu. Baginda memberi pandangan kepada Umar supaya mewakafkannya untuk jalan yang diredhai Allah. 
3. Pengairan dan Pertanian
  •    Pada tahun ke-7 Hijrah Rasulullah saw telah melaksanakan perundangan berkaitan dengan pengairan dan pertanian yang dimulai dengan perlaksanaan terhadap kaum Yahudi di daerah Khaibar.
4. Pengharaman Jual Beli Arak

  •    Muamalat yang berkaitan dengan urusan jual beli arak, bangkai, babi serta patung-patung berhala mulai diharamkan pada tahun ke-8 Hijrah. Ia dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Jabir ibn Abdullah beliau ada mendengar Rasulullah saw bersabda ketika tahun Pembukaan Mekah.
5. Haram Muamalat Tipu
  •    Segala bentuk muamalat dan mencari harta secara tipu, salah dan batil mulai diharamkan pada tahun ke-10 Hijrah dalam surah al-Nisa' ayat 29
6. Hukum Akad Dan Kontrak
  •    Segala bentuk urusan akad dan kontrak dalam muamalat disyariatkan pada tahun ke-10 Hijrah. dalam surah al-Ma'idah ayat 1
KEKELUARGAAN

1. Menjaga Kehormatan
  •    Perundangan zaman Makki atau ayat Makki telah diturunkan supaya menjaga kehormatan juga kemaluan. Antara lain juga membatalkan segala bentuk perkahwinan zaman Jahiliah, mendorong supaya berkahwin atau mendirikan rumahtangga dan tegahan hidup membujang. Seterusnya pula pada awal-awal zaman Madani disyariatkan hukum hakam berkaitan nikah kahin, firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 3 dan 4
2. Pusaka 
  •    Pada tahun ke-3 Hijrah selepas berlakunya peperangan Uhud, diturunkan ayat berkaitan dengan hukum.
3. Pensyariatan Talak
  •    Pada tahun ke-3 Hijrah ditetapkan perundangan dan hukum berkaitan dengan talak, rujuk, tebus talak juga iddah. Perkara itu ditetapkan setelah turunnya surah al-Talaq, khususnya ia menyentuh tentang talak juga iddah. Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan daripada ibn Abu Hatim daripada Qatadah daripada Anas, katanya, Rasulullah saw menceraikan Hafsah binti Umar. Lantaran itu, Hafsah pulang kepada ahli keluarganya, dan selepas itu Allah menurunkan ayat dalam surah al-Talaq ayat 1







Tiada ulasan:

Catat Ulasan