Khamis, 24 Mac 2016

KEADAAN PERUNDANGAN ZAMAN SAHABAT

KEADAAN PERUNDANGAN ZAMAN SAHABAT

Ø  PERBEZAAN SUDUT ILMU DAN ISTINBAT

·         Sejumlah besar orang awam yang tidak berkemampuan untuk memahami nas-nas hukum.
·         Kalangan sahabat yang banyak menghafaz hadis.
·         Dianugerah kemampuan secara semulajadi untuk berijtihad.
·         Berlakunya perselisihan di kalangan sahabat dalam mentafsirkan hukum serta ta’lil sesetengah nas.
·         Masyarakat awam memerlukan orang alim atau ahli fiqh untuk menjelaskan nas serta hukum kepada mereka.



Ø  SUMBER HUKUM BELUM DIBUKUKAN

·         Awal pemerintahan khalifah Abu Bakar (pada waktu itu, al-Qur’an masih terkumpul dalam bentuk tulisan dan lembaran-lembaran yang tersimpan di rumah kalangan sahabat dan isteri Baginda).
·         Hadis dan segala fatwa juga belum dibukukan malah masih berada di dalam ingatan atau hafalan sesetengah para sahabat.


Sumber yang ada berbentuk praktikal

·         Nas- nas serta kumpulan hukum yang ada pada zaman tersebut mengandungi ketentuan- ketentuan perundangan juga hukum yang berkaitan dengan masalah- masalah yang benar berlaku sahaja.

·         Pada zaman Sahabat telah timbul masalah hukum yang tidak pernah berlaku pada zaman Baginda s.a.w dan tidak ada ketentuannya di dalam nas.

·         Ahli Fiqh kalangan Khalifah al- Rasyidin dan para sahabat utama khususnya berdepan dengan tugas baru dalam perkembangan hukum islam.

·         Membuat penelitian, mengkaji dan membuat penjelasan mengenai nas al- Quran dan Hadis.

Kalangan Sahabat berperanan dalam hukum serta fatwa pada masa khalifah Al - Rasyidin dan Sahabat antaranya ialah :-
a)     Khalifah al- rasyidin, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
b)     Sahabat yang tingal di Madinah iaitu zaid ibn thabit, Ubay ibn Ka’ab dan Aisyah.
c)      Sahabat yang tinggal di Mekah iaitu Abdullah bin Abbas.
d)     Sahabat yang tinggal di Basrah iaitu Anas ibn Malik dan Abu Musa al- Asy’ari.

e)     Sahabat yang tinggal di Mesir iaitu Abdullah ibn ‘Amr bin al- ‘As.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan