Khamis, 24 Mac 2016

ZAMAN KHALIFAH AL- RASYIDIN


Zaman khalifah al- rasyidin 

 Pendahuluan

 Zaman khalifah al- rasyidin merangkumi zaman kehidupan sahabat utama. Zaman itu disepakati bermula selepas kewafatan rasulullah s.a.w. dengan jawatan khalifah islam pertama disandang oleh Abu Bakar al- Siddiq pada 11 hijrah. Jawatan khalifah al- rasyidin berterusan dengan perlantikan umar al- khattab, kemudiannya uthman ibn affan dan selepas itu Ali ibn Abu Talib yang berakhir pada 40 tahun Hijrah.

Perundangan pada zaman ini masih berpegang kuat kepada al- Quran dan Hadis. Para sahabat hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam kedua- dua sumber tersebut. Pemerintah dan wilayah islam bertambah .

Suasana politik
Nabi Muhammad saw hanyalah sebagai Rasul pembawa risalah Allah dan tiada rasul atau nabi lagi selepas kewafatan Baginda. Selepas kewafatan Baginda, golongan Ansar mengadakan perjumpaan di Saqifah Bani Sa’adah untuk melantik penghulu mereka Sa’d ibn ‘Ubadah al- Khazraj sebagai khalifah.

Zaman awal pemerintahan khalifah Abu Bakar 
lahir golongan enggan membayar zakat. Beliau bertindak tegas memerangi mereka biarpun pada awalnya tidak disepakati oleh sesetengah Sahabat, antaranya Umar al- Khattab ,Abu Bakar tetap dengan pendiriannya serta berhujah zakat dengan sembahyang tidak dapat dipisahkan.
·       Lahir golongan mengakui menjadi nabi, seperti: al- Aswad al- Ansi di Yaman, Musailamah al- Kazzab dari Bani Hanifah di al- Yamamah, Tulaihan dari Bani Asad serta Sajah dari Bani Tamim.
·       Beliau mengutuskan bala tentera memerangi golongan tersebut kerana mereka telah murtad.
·       Apabila kembali aman, belia menggerakkan tentera untuk membuka wilayah Iraq dan Syam.

Zaman pemerintahan khalifah umar,
Ø Beliau meneruskan penghantaran tentera untuk membuka wilayah tersebut serta parsi, mesir dan wilayah rom.
Ø Apabila perbendaharaan negara bertambah banyak, dilakukan penyusunan tentera dan melaksanakan hukum islam terhadap wilayah yang ditakluki.
Ø Ramai kalangan bukan Arab serta berbagai lapisan masyarakat memeluk islam.

Selepas kewafatan umar.
v Jawatan khalifah disandang oleh Uthman. Separuh fasal pertama, keadaan negara dan politik begitu tenang dan tentera islam Berjaya menguasai wilayah luar hingga ke daerah Timur dan Barat.
v Beliau yang bersifat warak, lemah lembut peribadinya , Bani Umaiyyah mengambil kesempatan menuntut jawatan- jawatan penting dalam negara.
v Pada fasal kedua, pemerintahan Uthman lahir kumpulan pemberontak dari Basrah, Kufah juga Mesir menyebabkan terbunuhnya khalifah Uthman.
Orang ramai terus melantik Ali sebagai pengganti dan menjadikan Kufah pusat pentadbiran. Muawiyah pada waktu itu berada di Syam enggan memberi kesetiaan kepada Ali.

Kalangan sahabat yang dipelopori oleh Aisyah binti Abu Bakar, Talhah serta al- Zubair ibn al- ‘Awwam menuju Basrah mendesak khalifah Ali mengambil tindakan terhadap pembunuh khalifah Uthman seberapa segera. Ali menyatakan terpaksa menunggu keadaan reda. Para sahabat tersebut menuduh Ali sengaja melengah- lengahkan, akhirnya tercetus peperangan al- Jamal.

Peperangan tersebut berakhir dengan tipu muslihat tentera Muawiyah mengangkat al- Quran dihujung senjata dengan menyeru tahkim. Ali dan sebahagian tenteranya ingin meneruskan peperangan kerana mengetahui semua tipu muslihat sahaja, manakala sebahagian yang lain ingin menyahut perdamaian.

Akhir sekali, Ali terpaksa menerima tahkim. Majlis Tahkim berakhir dengan perlucutan jawatan Ali dan Muawiyah sebagai khalifah. Pada masa yang sama ‘Amru ibn al- ‘As melantik semula Muawiyah. Berpecah kepada tiga golongan :
1.    Khawarij
Merancang untuk membunuh Ali, Muawiyah dan Amru ibn al- ‘As secara serentak.
2.    Syiah
3.    Jumhur Muslimin.
Puak khawarij merancang untuk membunuh Ali,Muawiyah, dan ‘Amru ibn al-‘As secara serentak. Tetapi hanya Ali Berjaya dibunuh oleh Abdul Rahman ibn Muljim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan