Khamis, 24 Mac 2016

Mengenai Madrasah

MADRASAH HADIS MADINAH
Kaedah menginstibatkan hukum dari Dalil Tafsili
1)    Berpegang dengan Zahir nas dan lafaz-lafaz zahir tanpa membuka ruang luas untuk menggunakan al-Ra'yi
2)    Ketika istinbat pecahan, Ahli Hadis banyak berpegang dan menghukum berpandukan Hadis/Athar biarpun tidak mencapai taraf Masyhur

ASAL USUL  MADRASAH MADINAH
§  Mempunyai kaitan dengan para sahabat yang menetap di bumi Hijaz (Madinah & Mekkah)
§  Antara penyokong Madrasah Hadis dari kalangan Sahabat adalah:
o   Zaid Ibn Thabit
o   Aisyah Bte Abu Bakar
o   Abdullah Ibn Umar
o   Al- Zubair
o   Al –Abbas

SEBAB TERSEBAR MADRASAH MADINAH:
                         
1-    Ahli Fiqh kumpulan banyak terpengaruh/ terikut dengan kaedah yang dilalui oleh guru/ syeikh mereka
o   Guru/ syeikh yang dari kalangan Sahabat Utama & sealirannya

2-    Ahli Fiqh & penduduk Hijaz banyak menghafaz fatwa baginda SAW, athar, serta para sahabat utama
o   Hijaz merupakan tempat tinggal baginda, sekumpulan besar perawi, penghafaz hadis
o   Masalah hukum yang tiada nas, fatwa Nabi & Athar terlalu sedikit berbanding wilayah lain (Mesir/ Iraq)

3-    Penduduk Hijaz masih ketinggalan dari segi tamadun, berbanding wilayah luar


MADRASAH AL-RA’YI KUFAH
*    Ahli Al- Ra’yi banyak menggunakan:
o   Pendapat
o   Al- Qiyas
o   Al- Istihsan
o   Mengambil kira sudut kemaslahatan
Dalam menjelaskan huku syariat ketika mana tidak ada nas jelas di dalam Al-Quran & Hadis

*    Sahabat utama yang terlibat
o   Umar Al-Khattab
o   Abdullah Ibn Mas’ud

ASAL USUL AL-RA’YI KUFAH
ü Diasaskan oleh Abdullah Ibn Mas’ud & Ali Ibn Abu Talib
ü Terpengaruh dengan kaedah yang dilalui Umar Al- Khattab
ü Ibrahim Ibn Yazid Al- Nakha’l merupakan kalangan ulama’ yang menyebar luaskan Madrasah Al- Ra’yi di Kufah (Iraq)



KAEDAH ISTINBAT MADRASAH AL-RA’YI
§  Jika terdapat hadis yang menyalahi kaedah Syariat/ Maslahah Kulliyah Umum, khasnya hadis diriwayat oleh perawi tunggal, maka mereka tidak mengambilnya sebagai hujah
§  Menolak hadis yang tidak sampai ke tahap Masyhur bahkan mendahulukan al-Qiyas
§  Tidak akan mempraktikan sesuatu Nas melainkan setelah mengkaji mengenai ilal hukum, logik & makna sesuatu lafaz nas
§  Menolak hadis yang tidak sampai ke tahap Masyhur bahkan mendahulukan al-Qiyas

SEBAB TERSEBAR MADRASAH KUFAH 
                    
v Ulama’ Fiqh terpengaruh dengan pengajaran sahabat utama yang tinggal dan mengajar di sana (Ali ibn Abu Talib) -à cenderung kepada aliran al- Ra’yi
v  Merasakan jumlah para sahabat yang mengetahui/ menghafaz Hadis di Iraq sudah memadai

o   Ekoran itu, mereka tidak mencari Hadis/ bertanya sahabat lain di wilayah Iraq untuk dijadikan hujah/ istinbat hukum
v Tempat muncul serta bertapak puak Syiah & Khawarij

o   Dua puak yang banyak mencipta Hadis palsu
o   Ahli Fiqh terpaksa mengambil langkah tegas sebelum menerima sebuah hadis
o   Menyebabkan hadis yang diterima sedikit jumlahnya, justeru mereka menggunakan al-Ra’yi
SEBAB TERSEBAR MADRASAH KUFAH

Ø  Kadangkala menolak hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal/ riwayat tidak masyhur

o   Sebagai ganti, mereka melaksanakan fatwa selaras dengan kaedah syariat/ Maslahah Kulliyah Umum

Ø Keadaan dan keperluan masyarakat di wilayah Iraq banyak perbezaannya dibandingkan dengan Hijaz






Tiada ulasan:

Catat Ulasan