Khamis, 24 Mac 2016

Faktor Membawa Kesan Arus Perundangan Dan Sebab Timbulnya Hadis Palsu


FAKTOR MEMBAWA KESAN ARUS PERUNDANGAN
1)    Ulama’ tersebar merata-rata
Ekoran bertambahnya wilayah pada zaman khalifah Uthman
ü Para sahabat mula keluar daripada bumi Hijaz sebagai gabenor/guru/mufti/Qadi/ dan terus menetap di tempat baru
ü Kalangan sahabat tidak sama pemikiran/pencapaian ilmu/kefahaman/kemampuan berijtihad
ü Tidak semua hadis/fatwa Nabi yang diketahui/ dihafaz oleh sahabat yang lain
ü Sukar mendapat persepakatan/ ijma’ para mufti/ mujtahid/ sahabat/ Tabi’in

2)    Khalifah Umaiyyah menjauhi Sirah Ulama Salaf
  
Sedutan semasa pemerintahan Bani Umaiyyah
-         Rasa tidak puas hati kalangan ulama terhadap kelayakan juga tindakan pemimpin mereka (kepimpinan berdasarkan warisan)
-         Pemimpin Bani Umaiyyah mendapatkan restu rakyat agar mentaati mereka secara paksaan
-         Pemimpin wazir Bani Umaiyyah seperti (al-hajjaj) sanggup membunuh beratus ribu rakyat (termasuk Ulama' dan ahli fiqh)
-         Kerajaan Bani Umaiyyah pernah mengharuskan beberapa perkara Syuhbat yang tidak dipersetujui oleh mejoriti Ulama' fiqh
-         Muawiyyah melantik anaknya (yazid) sebagai putera mahkota dan khalifah selepas itu

3)    Meluas Riwayat Hadis
Pada zaman tersebut, meluasnya periwayatan Hadis
v Ekoran penghafaz dan periwayat hadis yang tinggal berselerak,ahli fiqh saling bertanya untuk mendapatkan sumber Fatwa dan Hadis
v Lantaran,itu, periwayatan Hadis merupakan satu yang perlu
v Daripada penghijrahan ini, timbullah suasana yang mana wilayah dihuni sahabat dan Tabi’in menetapkan hukum berdasarkan Hadis berbanding dengan daersh lain yang kekurangan ahli Hadis (menggunakan al-Rayi’)

4)    Muncul Hadis Palsu
·        Pemalsuan Hadis berlaku ekoran pertelingkahan mengenai jawatan Khalifah antara Ali dan Mawiyah
·        Syiah adalah kumpulan terawal manusia mencipta hadis
·        Kemunculan Hadis Palsu menyebabkan perkembangan Fiqh merosot
o   Ulama’ Fiqh, mujtahid dan ahli hadis terpaksa menumpukan sudut sanad dan matan untuk mengesahkan kesahihan sesebuah hadis

SEBAB TIMBULNYA HADIS PALSU
= Persengketaan sudut Agama
*    Faktor keagamaan, dendam & tidak senang hati dengan perluasan kuasa serta islam yang telah tersebar meluas. Lahirlah golongan yang bertopengkan islam demi meruntuhkannya.

= Ta’sub/Fanati Mazhab tertentu
*    Contohnya Syiah, Khawarih, Murji’ah yang mencipta banyak hadis untuk menyokong dasar mereka

= Bertujuan mendampingi Khalifah
*    Mendampingi khalifah/ pemimpin untuk mencari kemewahan

= Kumpulan menumpukan tentang kelebihan amalan tertentu
*    Mereka mencipta Hadis untuk menumpukan dengan memberi penerangan keutamaan amalan/ ibadat tertentu, menggalakkan ke arahnya dan mengancam jika meninggalkannya
                                                                          
= Terdapat sekumpulan Ulama’ yang berhujah dengan dalil Al-Quran dan Hadis sahaja
*    Pencipta hadis palsu menemui Ulama’ tersebut dam membawa kata-kata Sahabat dan mendakwa itu adalah hadis Rasulullah SAW

5)    Lahir Ulama’ Mawali
Ø Ekoran penaklukan (Mesir/Syam/Iraq) terdapat ramai kalangan rakyat tempatan yang menjadi tawanan
Ø Mawali umumnya kalangan anak-anak serta bukan Arab yang menjadi tawanan, memeluk islam di bawah jagaan penghulu/tuan mereka
Ø Majlis ilmu dihadiri ileh bukan Arab dan mawali yang memeluk islam

6)    Lahir Madrasah Hadis dan Al-Ra’yi

Madrasah Hadis Madinah
v Kalangan mujtahid dan mufti yang menitik beratkan usaha memelihara Hadis disamping meriwayatkan
v Menggunakan nas-nas Zahir untuk menetapkan hokum dan mengelak dari menggunakan Al-Qiyas/ al-ihtihsan selagi terdapat Hadis & Athar (biarpun khabar ahad/ perawi tunggal)
v Berkembang secara meluas di Hijaz

MADRASAH HADIS MADINAH
Kaedah menginstibatkan hukum dari Dalil Tafsili
1)    Berpegang dengan Zahir nas dan lafaz-lafaz zahir tanpa membuka ruang luas untuk menggunakan al-Ra'yi
2)    Ketika istinbat pecahan, Ahli Hadis banyak berpegang dan menghukum berpandukan Hadis/Athar biarpun tidak mencapai taraf Masyhur

ASAL USUL  MADRASAH MADINAH
§  Mempunyai kaitan dengan para sahabat yang menetap di bumi Hijaz (Madinah & Mekkah)
§  Antara penyokong Madrasah Hadis dari kalangan Sahabat adalah:
o   Zaid Ibn Thabit
o   Aisyah Bte Abu Bakar
o   Abdullah Ibn Umar
o   Al- Zubair
o   Al –Abbas

SEBAB TERSEBAR MADRASAH MADINAH:
                         
1-    Ahli Fiqh kumpulan banyak terpengaruh/ terikut dengan kaedah yang dilalui oleh guru/ syeikh mereka
o   Guru/ syeikh yang dari kalangan Sahabat Utama & sealirannya

2-    Ahli Fiqh & penduduk Hijaz banyak menghafaz fatwa baginda SAW, athar, serta para sahabat utama
o   Hijaz merupakan tempat tinggal baginda, sekumpulan besar perawi, penghafaz hadis
o   Masalah hukum yang tiada nas, fatwa Nabi & Athar terlalu sedikit berbanding wilayah lain (Mesir/ Iraq)


3-    Penduduk Hijaz masih ketinggalan dari segi tamadun, berbanding wilayah luar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan